10/15/2009

Komen Negatif Tapi Menarik

Seperti yang aku janjikan, mari aku bagi review untuk novel tulisan Zaid Akhtar ni. Umum dah tau kehebatan novel best-seller ni, tapi aku nak bagi review negatif. Bak kata Anton Ego (kartun ‘Rattatouille tu, yang jadi pengkritik makanan tu) “review negatif lebih menarik daripada yang positif”. Boleh tak? ;)

Ukht Atiqah ketika aku pinjam novel ni daripada dia, mengatakan yang ceritanya bukan cerita cinta. Tapi bila aku baca habis, aku rasa nadi ceritanya tetap cinta. Kalau tak, buat apa tajuk ‘Salju Sakinah’, dimulakan dengan putusnya hubungan Sumayyah dengan Afnan pada musim panas dan diakhiri pula dengan pernikahan Sumayyah dengan Naufal pada musim sejuk. Namun begitu, keseluruhan cerita yang menitik beratkan kehidupan berpandukan Islam menjadikan kisah cinta yang walaupun wujud pada tajuk, sekadar pemanis cerita – bukan fokus utama. Aku rasa la kan, Zaid Akhtar jadikan cinta tu sebagai penarik sahaja supaya karyanya yang sarat dakwah ni lebih manis dihadam pembaca. Lagi pun, ‘Salju Sakinah’ yang asalnya diterbitkan secara bersiri dalam ruangan Agama di akhbar Utusan memang bertujuan dakwah kan? Kalau nak tulis cinta islamik macam ‘Ayat-ayat Cinta’ tu kena la terbit tempat lain.

Baca lanjut.

Memo: Saya gembira dan kagum dengan kebolehan pengkritik berbakat ini "melihat" aspek yang tidak dilihat oleh pengkritik lain. Perfectionist begini layak menjadi seorang penulis atau editor!


1 komentar:

atiq zizan said...

assalamualaikum..
penulis Zaid Akhtar..
saya dah lama membaca novel saudara Salju Sakinah..ketika itu saya membelinya selepas habis menjalani bengkel cerpen bersama Puan Nisah Haron dan beberapa penulis yg lain...salah satu novel cinta islamik yg penuh onak duri berkaitan sumayyah..perjalanan cerita yg baik..gayanya seperti cerita novel ayat-ayat cinta..masing2 memerlukan pengorbanan dlm hidup..tp saya suka..harap zaid akhtar dpt meneruskan penulisan yg lebih menarik..