10/09/2009

Bab 39: Zahir yang Tidak Terucap

Baru sahaja pulang dari Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 selama 4 hari 3 malam di Kukup Golf Resort, Pontian. Tidak menyangka agak ramai juga pembaca karya saya dalam kalangan guru dan pelajar yang terpilih ke sini.


Ada pembaca Salju Sakinah seorang guru dari utara memberitahu, "ustaz, saya paling suka baca bab yang ada selitkan pertemuan di sebalik tabir tu. Berulang-ulang kali dibaca bahagian itu. Entah mengapa."

Saya tersenyum sahaja. Saya sendiri tidak ingat bab berapa. Yang saya ingat, babnya berjudul Zahir yang Tidak Terucap. Ada babak Sumayyah berbicara hati ke hati dengan Naufal di rumah Hakimah. Itu saja.

"Betul ke, macam tu? Pengalaman ustaz sendiri ya?"

Saya geleng.

"Itu pengalaman kawan-kawan. Orang rumah saya pelajar UKM."

0 komentar: