Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts
2/26/2012

Selepas Salju Sakinah

akan berada di pasaran sebelum PBAKL 2012

6/03/2009

Salju Sakinah dalam Senarai Finalis APPBHP09

Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2009

Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah

Non-fiksyen:

Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikiran
Sheik Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif

Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

Cara undian adalah:

1. Undian melalui Akhbar Berita Harian
2. Borang Undian yang diberi disemua rangkaian Popular seluruh Malaysia.

Tarikh keluar borang belum ditentukan.

4/18/2009

PESTA BUKU DATANG LAGI

Insya-Allah, pada 26 April 2009 (Ahad) sekitar jam 3 hingga 4 petang akan diadakan sesi autograf bersama pengarang Salju Sakinah di gerai PTS (nombor 72-79 - depan Bilik Johor dan Bilik Kedah) . Jumpa di sana.

Memo: Sila dapatkan novel Salju Sakinah di gerai PTS dengan harga diskaun yang menarik.

3/14/2009

Masih dalam Carta

Setelah berada di tangga ke-5 minggu lepas, novel Salju Sakinah meningkat ke tangga ke-3 pada minggu ini (sehingga 8 Mac 2009) dalam carta novel terlaris di gedung-gedung buku MPH seluruh negara.

Insya-Allah, doakan agar novel ini akan berjaya dicetak buat kali ke-5 menjelang setahun penerbitannya pada akhir Mac nanti. Novel ini mulai dicetak kali pertama pada 28 Mac 2008 (menurut laman web PTS) dan dijual di pasaran sejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal April 2008.

3
Salju Sakinah
Author : Zaid Akhtar

"Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat ...

Usual Local Delivery: 3-5 Business Days

Our Price : RM 26.00

12/14/2008

Sepetang di PPAJ, JB

Sehari sebelum Aidil Adha.

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, di Jalan Yahya Awal. Cantik tempatnya, bangunan tiga tingkatnya juga. Banyak betul meja dan kerusi kayu. Ala-ala coffee house. Memang sesuai untuk dijadikan tempat santai ulat-ulat buku. Khabarnya baru tiga bulan beroperasi.



Terima kasih saya ucapkan atas layanan mesra staf PPAJ yang sering tersenyum dan mesra menegur saya. Begitu juga buat dua staf MPH JB City Square yang sangat peramah - Sdr Arif Faizal dan Puan Sherene Faridah. Walaupun PPAJ petang itu agak lengang, tetapi hati saya senang.

Memo: Foto-foto adalah ihsan www.srikandi87.blogspot.com

12/06/2008

Jumpa di Sana!

12/03/2008

MPH Book Fair di JB


Insya-Allah.

Saya akan hadir untuk program penampilan penulis di MPH Book Fair
di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor,
Jalan Yahya Awal, Johor Bahru
pada Ahad, 7 Disember 2008,

sekitar jam 2-3 petang.

Klik sini untuk maklumat lanjut!

8/08/2008

SS di MPH, City Square, JB

Insya-Allah.

Sempena MPH Local Author's Month, saya akan hadir di City Square, Johor Bahru untuk sesi promosi Salju Sakinah.

Hari: Ahad
Tarikh: 10 Ogos 2008

Masa: 2-3 petang

Lokasi: MPH, City Square


Jumpa di sana.

7/27/2008

DISKUSI SALJU SAKINAH dan KARYA2 LAIN

Dengan sukacita memaklumkan, Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) akan mengadakan satu majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja, 2008. Anda dipelawa menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan lagi satu majlis wacana ilmiah dan sastera Melayu. Butirannya seperti berikut;

TARIKH: 2 OGOS 2008
HARI : SABTU
WAKTU : 8 PAGI
TEMPAT: DEWAN BAHASA & PUSTAKA, KUALA LUMPUR
BAYARAN: PERCUMA

BUKU YANG AKAN DIBICARAKAN:

SESI PERTAMA (NOVEL)
- MANIKAM KALBU (Faisal Tehrani), akan dibicarakan oleh En. Saleeh Rahamad
- PUISI UNTUK ESDYZUAR (Nisah Hj. Haron), akan dibicarakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, UKM
- SALJU SAKINAH (Zaid Akhtar), akan dibicarakan oleh Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, UIAM

SESI KEDUA (KUMPULAN PUISI)
- TAMAN PERCAKAPAN (Shamsudin Othman), akan dibicarakan oleh Prof. Arbak Othman, UPM
- MENGGELEDAH NURANI (Fahd Razy), akan dibicarakan oleh En. Naapie Mat.
- SULUK CINTA (Ridzuan Harun), akan dibicarakan oleh En. S.M Zakir

Memo: Pihak urusetia meminta warga mantan Minggu Penulis Remaja hadir beramai-ramai ke majlis ini. Untuk mantan wanita, pihak urusetia meminta agar anda mengenakan pakaian berwarna merah jambu, serta mantan lelaki mengenakan pakaian berwarna perang/coklat.

Seluruh penggemar, pemerhati dan pencinta sastera tanah air juga dijemput hadir untuk tambah memeriahkan dan menyerikan majlis.

7/26/2008

Salju Sakinah di Pesta Buku Selangor

Insya-Allah.
Sempena Pesta Buku Selangor 2008, saya akan hadir di Kompleks PKNS untuk sesi promosi Salju Sakinah.

Hari: Sabtu
Tarikh: 2 Ogos 2008
Masa: 4-5 petang
Tempat: Booth PTS

Jumpa di sana.

7/23/2008

Promosi Salju Sakinah di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, JB

Insya-Allah.
Jika tiada aral melintang, saya akan hadir ke gedung buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru untuk sesi promosi Salju Sakinah.

Hari : Sabtu
Tarikh: 26 Julai 2008
Masa : 1.00-3.00 petang

Memo: Di sini juga, para peminat buku dapat memperolehi buku keluaran PTS yang mana disediakan kesemua tajuk keluaran PTS. Jadi, dapatkan buku keluaran PTS di sini dan bersempena "Mega Sale" ini, pihak Badan Cemerlang memberi potongan 20% untuk setiap buku keluaran PTS. Jualan ini bermula dari 5 Julai sehingga 5 Ogos 2008, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Klik di sini untuk Program PTS di Badan Cemerlang.

6/12/2008

Iklan Radio Salju Sakinah

Kesungguhan pihak PTS memasarkan novel ini memang menguja saya untuk lebih giat menghasilkan novel-novel Islami. Tambahan pula novel-novel saya sebelum ini kurang dipasarkan (baca: kurang beredar) dengan baik dan sistematik. Sesudah melesenkannya kepada PT Mizan untuk diterbitkan ke versi Indonesia dan mencuri slot promosi pada waktu perdana di Malaysia Hari Ini, Salju Sakinah juga nampaknya mahu dipromosi secara audio di radio.

Silakan mendengar iklan versi radio yang menyelitkan beberapa dialog menarik dalam novel pembangun muslimah ini.

6/05/2008

Salju Sakinah tersenarai dalam Carta MPH


Buat minggu kedua berturut-turut, novel Salju Sakinah tersenarai di tangga ketujuh dalam Carta Novel Melayu di MPH seluruh negara hingga 1 Jun 2008. Klik di sini untuk melihat senarai carta yang dikemaskini setiap minggu.

Memo: Bagi para pembaca di Batu Pahat, dapatkan Salju Sakinah di Kedai Buku Popular, The Summit, Batu Pahat dengan harga RM19.50 sahaja!

5/25/2008

Promosi SaljuSakinah di MHI.

Insya-Allah.
Saya akan muncul dalam slot Malaysia Hari Ini, TV3
sekitar jam 7.30pg, Isnin, 26 Mei 2008
bagi mempromosi Salju Sakinah.
Jumpa di sana!

4/26/2008

PESTA BUKU 2008: TOP 10 FIKSYEN DEWASA TERBITAN PTS


1. Salju Sakinah
2. Tunnels - Terowong
3. Warkah Cinta Berbau Syurga
4. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
5. Laskar Pelangi
6. Syahadat Cinta
7. Sang Pemimpi
8. Edensor
9. Opera Angkasa
10.Tariq: Menang ataupun Syahid

Memo:

Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi sokongan kepada novel bersiri ini sejak ia terbit di Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 dulu hinggalah terhasil dalam bentuk buku. Sambutan terhadap novel ini sepanjang pesta buku lalu cukup mengejutkan saya.

Boleh baca tentang sambutan terhadap Salju Sakinah di Pesta Buku 2008 di sini dan di sini

2/27/2008

TUNGGU!

DI HUJUNG PENANTIAN

Insya-Allah, Salju Sakinah akan menemui pembacanya
menjelang Pesta Buku Antarabangsa KL tak lama lagi.

Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. Apatah lagi, senario kisahnya berkisar di negara asing, secara tidak langsung mendedahkan kita akan situasi sebenar di sana. Malah penulisnya berjaya membawa pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Di samping itu, selitan nasihat dan tips tertentu amat berguna kepada pembaca agar lebih menghayatinya. Sebenarnya, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati.
Zuarida Mohyin
Wartawan Utusan Malaysia