Salju Sakinah novel Islami
Angkat semangat wanita Islam pertama syahid
Oleh Farah Wahida Md Razid
SALJU Sakinah karya Zaid Akhtar membawa pembaca menghayati liku hidup Sumayyah, sebagai anak yang berusaha memenuhi impian keluarga dan diri untuk bergelar siswazah dalam bidang bahasa Arab apabila mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Jordan.
Penulis yang pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini berusaha menganyam nilai Islam dalam novelnya dengan mengemukakan beberapa hadis di samping sengaja mengambil Universiti Yarmouk sebagai latar cerita.
Tidak ketinggalan ia turut disulami dengan kisah cinta Sumayyah selama tujuh tahun yang kecundang sebelum sempat gadis itu menamatkan pengajiannya sehingga mengganggu dan membelenggu dirinya dalam kesedihan berpanjangan.
Kehadiran Hakimah, Fatihah, Izzati, Nazura, dan Marianis memberi semangat untuk protagonis dalam novel ini terus berusaha dan bergiat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Yarmouk (Permaya) sehingga berjaya memegang jawatan tertinggi.
(Sumber: Berita Harian, 14 Jun 2008)
Memo: Novel ini juga diulas secara panjang lebar dalam majalah Milenia Muslim edisi Jun 2008
0 komentar:
Post a Comment