12/27/2005

Siri Terakhir Salju Sakinah

Siri terakhir novel Salju Sakinah di Ruangan Agama Utusan Malaysia akan disiarkan esok, Rabu 28 Disember 2005. Siri 122. Insya Allah, untuk siri terakhir ada sedikit paparan istimewa disediakan untuk penulis di akhbar esok.

Terima kasih kepada para pembaca dan pengunjung blog ini yang banyak memberikan sokongan. Penerbitannya dalam bentuk buku masih dalam perbincangan. Harapnya tahun depan. Justeru, untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke laman web ini lagi atau laman web saya di http://myzaidakhtar.blogspot.com.

4 komentar:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,
Saya pasti akan merindui ruangan ini kerana merasa begitu akrab dgn sumayyah. Saya membaca siri ini sebelum mengikuti berita2 yang tersiar diakhbar.

Tahniah! Moga novel akan datang saudara sehebat Salju Sakinah.

Anonymous said...

Assalammualaikum, anonymous says

Syabas dan tahniah ustaz, moga ada lagi novel2 seperti salju sakinah di masa akan datang, yang membawa pengajaran dan peringatan kepada kita tentang hakikat kehidupan di dunia, penyakit sosial yang semakin parah dan kesan dari kehidupan yang tidak berlandaskan hukum Allah SWT. Jalan cerita yang amat menarik.

Teruskan perjuangan ustaz, dan insyallah novel2 seperti ini akan memenuhi ruang koleksi bacaan saya.

Zaid Akhtar said...

Terima kasih, Jannah dan anonymous.
Doakan moga saya istiqamah dan diberi ketahan menulis karya2 sebegini.
salam.
zaid

Anonymous said...

heppy new year 2006