9/01/2009

Luahan Hati Seorang Pembaca Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.

Lahir sebagai seorang lelaki yang keras kepala dan keras hatinya tidak memungkinkan saya mungkin hampir dan membaca novel cinta seperti Salju Sakinah. Ternyata kuasa Allah s.w.t. mengatasi tanggapan makhluk. Hati yang disangka keras rupa-rupanya selembut kapas. Bermula dari membaca dengan niat mencemuh bertukar dengan membaca dengan kemahuan mencari tauladan. Betapa geloranya di dalam hati membaca setiap baris. Mengidamkan gadis semulia Sumayyah seumpama mencari mutiara di dasar lautan yang luas. Terima kasih di atas jambangan mukhlis, mukhsin, ihsanat dan ihtifak yang ditaburkan. Semoga buah tangan Zaid Akhtar selepas ini mempunyai roh yang lebih utuh dari Salju Sakinah...

1 komentar:

anakrahman said...

salam..ustaz zaid..
novel seumpama ini sgt bagus dan berkesan dlm mendidik terutama bagi kaum hawa.teruskan menulis novel seumoama ini.tahniah.semoga Allah merahmati ustaz.