Pertama kali lihat buku ni di rak buku lib... yang menarik minat saya ialah cover page dia itu saja...Bila tiada buku yang mampu menarik minat saya, saya terus saja sambar novel Salju Sakinah. Balik baru saya sedar yang penulisnya adalah seorang LELAKI!!!!!Dalam hati dah cakap macam mana boleh tak nampak??? Memang saya akui saya kurang gemar membaca buku yang di tulis penulis lelaki. .. Sy sendiri tidak tahu mengapa...
Saya capai buku Salju Sakinah dan belek buku tersebut beberapa kali... Beberapa muka surat saya baca... Dan hati saya bagaikan teruja untuk mengetahui plot cerita Salju Sakinah memandangkan halaman muka surat 1- 2 adalah emel daripada peminat-peminat cerita Salju Sakinah yang baru saya ketahui rupanya adalah novel bersiri di rungan agama utusan malaysia...
Saya rasa ini adalah kali pertama cerita novel islamik yang pertama saya baca... Setelah habis mengkhatamnya satu kesimpulan yang bileh saya katakan di sini adalah, saya puas dan suka baca novel Salju Sakinah. Sehingga merasakan tidak layak untuk mengulas novel ini. Tidak rugi kepada sesiapa yang membacanya. Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita kutip melalui novel ini. Saya yang tidak pernah menjejakan kaki ke Jordan dan belajar di sana dapat membayangkannya dengan begitu baik sekali. kerana cara penulis itu menceritakan suasana yang berlaku di situ begitu dekat di hati saya....Saya tak mahu mengulas lebih banyak... Cuma yang pasti tak rugi membacanya. Lagi satu tanpa saya sedari sedikit sebanyak saya sudah mempelajari beberapa buah perkataan bahasa arab melalui glossari yang terdapat di muka surat terakhir novel Salju Sakinah....
"Jangan nama saja Summayah tapi mudah sangat mengalah..."
Sumber : yasminadillah.multiply.com
Membuat keputusan
5 years ago
0 komentar:
Post a Comment