2/26/2012

Selepas Salju Sakinah

akan berada di pasaran sebelum PBAKL 2012

8/09/2011

Bukan yang pertama

Fenomena novel cinta berunsur agama

Sumber : Mingguan Malaysia 7 Ogos 2011

Acara bulanan Dialog Orang Muda (DOM) anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) dengan kerjasama Institut terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Rumah Pena, Kuala Lumpur baru-baru ini membincangkan mengenai dakwah dan komersialisme sastera Islam. Pada sesi kali ini DOM diterajui oleh moderator Ainul Muaiyyanah sementara Nasriah Abdul Salam, Lutfi Ishak dan Saifulizan Yahya sebagai panel.

Isu yang dibangkitkan dalam dialog ini adalah suatu yang sangat menarik. Daripada dialog ini dapat dibuat kesimpulan semua panel bersetuju bahawa sastera Islam tidak wajar dikomersialkan dengan melampau sehingga menimbulkan jelak kalangan pembaca. Nilai dakwah mesti mendahului komersialisme.

Sebagai contoh, novel yang temanya cinta seorang gadis yang direbut beberapa orang lelaki atau seorang lelaki dan diminati oleh ramai perempuan. Bezanya cuma mereka ini diwatakkan memakai tudung dan kopiah, mungkin berjubah dan berjanggut dan belajar di Mesir atau mana-mana negara Arab. Konflik dan plot tetap pengulangan kepada novel cinta picisan, cuma gambaran aksi tidak patuh syariah seperti adegan peluk, cium, keluar makan berdua- duaan dengan bukan mahram ditiadakan.


Sebenarnya sastera di Indonesia juga disebut dan dikaitkan dengan kebangkitan apa yang dinama novel Islam itu. Ini tercetus selepas novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy menjadi fenomena selepas difilemkan di Indonesia. Fenomena tersebut sampai ke Malaysia sekaligus membuka lembaran baru kepada penerbit novel khususnya PTS melalui anak syarikatnya PTS Litera Sdn. Bhd. yang pantas memainkan peranan di persada penerbitan negara.

Pada masa yang sama terbit novel Islam sulung PTS berjudul Salju Sakinah tulisan Zaid Akhtar, seorang graduan lepasan sebuah universiti di Jordan yang kisahnya juga berlatarkan Jordan. Sebenarnya Zaid telah lama menulis novel ini dan disiarkan secara bersiri dalam Utusan Malaysia, lama sebelum Ayat-Ayat Cinta menjadi fenomena.

Menurut SM Zakir yang melontarkan pandangan dalam dialog itu, Ayat-Ayat Cinta adalah suatu perancangan daripada golongan agamawan yang mahu menyekat suatu gelombang baru pasca kejatuhan Suharto. Gelombang tersebut adalah kebangkitan daripada sasterawan yang menggelarkan diri mereka sebagai sasterawan Utan Kayu. Mereka adalah sekolompok penulis yang merayakan kejatuhan Suharto dengan simbolik kepada kebebasan dalam berkarya. Ini kerana pada zaman Suharto tidak dibenarkan sebarang novel atau bahan bercetak memperinci dan mendedahkan tubuh badan dan unsur seksualiti sekalipun atas nama seni.

Justeru golongan ini dengan beraninya mula menunjukkan penentangan terhadap orde Suharto dengan menulis novel-novel berbaur seks, erotis dan ternyata dengan beraninya membogel dan bercerita dengan bebasnya mengenai perkara-perkara ini dalam novel mereka. Antara penulis dari Utan Kayu ini adalah Ayu Utami yang menulis novel Saman. Seorang wanita membicarakan seks secara terbuka dalam sebuah novel adalah satu perkara baru dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di Indonesia.

Justeru, kelompok penulis yang dimulai oleh Habiburrahman El-Shirazy bangkit dan menerbitkan karya-karya yang berunsur Islam yang sangat kental, dimulakan dengan Ayat-Ayat Cinta sehinggalah ia difilemkan dan menjadi sangat sukses di Indonesia. Gelombang novel berunsur Islam ini kemudian dilihat sangat berjaya mengekang kebangkitan apa yang dinamakan dengan sastera wangi oleh para penulis Utan Kayu. Sebagai kesimpulan, SM Zakir menganggap gagasan novel Islam Habiburrahman El-Shirazy berjaya dalam dakwahnya di Indonesia.


Saya kembali teringat kata-kata penulis Faisal Tehrani ketika saya mengajukan persoalan apakah karya-karya Habiburrahman El-Shirazy boleh dikelaskan sebagai sastera Islam. Faisal pada masa itu lebih bersetuju dengan kelas novel pop Islam. Antara alasannya adalah kerana budaya dan cuaca sosiologi di kedua-dua negara adalah berbeza.

Di Indonesia ada Habiburrahman El-Shirazy dengan novel-novel berunsur Islamnya bagi mengekang pengaruh sastera wangi (baca sastera lendir). Apakah di Malaysia ada sebarang novel cinta berunsur Islam bagi mengekang kebanjiran novel cinta picisan yang mendominasikan pasaran sejak lama dulu? Sebenarnya kita juga mempunyai penulis-penulis yang sememangnya menggunakan unsur Islam sebagai dasar dalam penulisan mereka seperti Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Azman al-Kurauwi, Nisah Haron, Salina Ibrahim, Fatimah Syarha dan ramai lagi dapat mengimbangi lambakan novel cinta picisan yang sedia banyak di pasaran.

Lebih menguatkan lagi, kebanyakan pengarang ini adalah lulusan pengajian tinggi agama dari universiti dalam dan luar negara dan paling tidakpun adalah lepasan sekolah menengah agama. Ini membawa kelainan kepada mereka dalam berkarya dan kita yakin lebih ramai yang akan mengikuti jejak mereka.

Dalam hal ini juga, PTS memainkan peranan yang sangat strategik kerana muncul tepat pada waktunya melalui anak syarikatnya, PTS Litera Sdn Bhd yang sememangnya mahu menerbitkan karya-karya berunsur Islam kerana beranggapan bahawa ia adalah lautan biru yang sangat berpotensi diterokai. PTS Litera yang ditubuhkan pada tahun 2007 kini boleh tersenyum dengan karya-karya berunsur Islam yang mereka terbitkan.

Bukan itu sahaja malah penulis-penulis muda dan baru yang diberi peluang untuk menempatkan diri dalam lapangan penulisan. Disusuli pula oleh penerbit lain seperti Galeri Ilmu, Telaga Biru dan lain-lain. Itu suatu perkembangan positif terhadap karya-karya sastera yang berunsurkan Islam di negara ini. Dalam lambakan novel-novel picisan yang menyingkap persoalan cinta secara nipis di atas permukaan kemanusiaan, sosial dan Islam, novel-novel yang lebih menekankan Islam secara dasarnya dapat memberikan pilihan kepada khalayak pembaca.

Memo: Sekadar pembetulan, Salju Sakinah adalah novel Islami yang ketiga diterbitkan oleh PTS Millenia (sebelum diambil alih oleh PTS Litera Utama).  Ia didahului oleh Curahan Cinta Niagara dan Warkah Cinta Berbau Syurga.

4/25/2011

Another Review

My interest in malay novels were ignited once again after reading 'Ayat-ayat Cinta'. This book is a far cry from the usual malay novels about love stories in our modern era. Yes, the author did touch on love but it is confined within the true Islamic ways/teachings.

This novel is about a girl named Sumayyah. It tells of her story from her last semester studying at Yarmouk University, Jordan, to her life back at her kampung hometown in Malaysia - taking over her dad's business, being wrongly accused and badmouthed by her neighbour, sharing and passing on her knowledge with her villagers, helping her eldest sister get back on the right path and lastly finding out that she did not graduate after all because she flunk one subject. Sumayyah is the perfect example of a Muslim girl. That is not to say that she is a perfect human being but her ideals, her way of life and thinking, that is how every Muslim girl should be like (me included). This book is full of teachings and realisations and the overall consensus I get from this book is calmness and peace, just like the title of the book which means snow which calms. A definite good read.


Sumber: Goodreads

3/22/2011

Mencapai cetakan ke-8

Alhamdulillah.

Sabtu lepas, sewaktu menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit di FBMK, UPM, saya sempat membelek naskhah SS yang dipamerkan oleh wakil PTS yang membuat jualan sempena program tersebut. Nampaknya SS sudah diulangcetak kali kelapan sejak diterbitkan pertama kali pada akhir Mac 2008.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada novel yang bagi saya serba sederhana sifatnya. Tidak pernah terjangka di fikiran saya sewaktu mahu menerbitkannya di PTS empat tahun lalu bahawa SS akan mencapai jualan yang memberangsangkan. Sungguh-sungguh di luar jangka.

Moga saya dapat segera menyiapkan novel seterusnya. Doakan.

11/09/2010

ABSTRAK SEBUAH KAJIAN

MALAYSIA STUDY GROUP - Popular Islamic Novels of Indonesia and Malaysia: A Preliminary Exploration by Dr Mohd. Zariat Abdul Rani

Abstract
This study stems from a development taking place in Indonesia and Malaysia, two neighbouring countries in South East Asia. This development refers to what is known as the ‘phenomenon of popular Islamic novels’, which first emerged in both these countries several years ago, and which is still active to this day. In Indonesia, this phenomenon arose with the extraordinary reception received by the novel Ayat Ayat Cinta (Verses of Love) (2004) by Habiburrahman El-Shirazy. This was then followed by a reception of almost similar magnitude for novels like Syahadat Cinta (‘Divine Pledge of Love’) (2006) oleh Taufiqurrahman Al-Azizy, Mukjizat Cinta (‘Miracle of Love’) (2007) by Muhammad Masykur A.R. Said dan Kasidah-Kasidah Cinta (‘Divine Verses of Love’) (2007) by Muhammad Muhyidin. The phenomenon in Malaysia began with the overwhelming reception received by Zaid Akthar’s Salju Sakinah (‘The Snow of Tranquillity’) (2008). This was followed by Warkah Cinta Berbau Syurga (A Heaven-scented Love Letter) (2008) and Hidayah Cinta (‘The Divine Guidance of Love’) (2008) by Ilham Hamdani, as well as Rona-rona Cinta Damascus (‘The Colours of Love of Damascus’) (2008) by Sheila Wani. The extremely positive reception towards these novels is found to have catalysed the publication of other novels bearing almost similar external appearances. This makes the publication of these popular Islamic novels in both countries a literary phenomenon in its own right, that cannot merely be glossed over. With reference to the external appearances, such as the titles of the novels, the cover illustrations, the blurbs and even the names and biodatas of the authors, one very apparent characteristic is is the inclination to display Islamic imagery. This then raises the question: do these novels actually offer Islamic messages, as suggested by their external appearances? If they do indeed offer Islamic messages, in what manner are these messages conveyed, given that they have attracted the attention of the Muslim public in Indonesia and Malaysia so comprehensively? This study attempts to answer these questions by analysing a number of novels, identify the messages contained within, and subsequently, synthesise a ‘standard offering’ that can be gleaned from the popular Islamic novels of Indonesia dan Malaysia. 

Sumber

8/22/2010

Masih Ada Reviu

Berlatarkan wajah wanita berpurdah, kulit buku Salju Sakinah menjadi mangsa trend novel Islami yang memuncak penerbitannya pada waktu itu. Melangkah keluar dari trend itu, Salju Sakinah menjamu pembaca dengan hidangan sastera yang berbeza daripada novel-novel Islami yang lain.

Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, disapa ujian yang pelbagai setelah tamat pengajian. Sepeniggalan ayahnya, Sumayyah terpaksa berhadapan dengan dunia usahawan sedangkan dia lulusan agama. Dia juga tidak lepas dengan ujian diri dan keluarga, bermula dari kesihatan ibunya yang tidak menentu. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan: Bahawa nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama serikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek dugaan. Maka Sumayyah bertahan, sehingga dia menggapai kebahagiaan.

Langgam bahasa yang digunakan Zaid Akhtar sangat kemas dan cantik. Sesuai dengan perempuan sebagai tunjang utama cerita, kosa kata dan gambaran yang diberikan begitu indah. Apatah lagi diperhalusi dengan istilah-istilah bahasa Arab yang padan dengan latar dataran Syam yang dibawakan. Antara frasa yang paling saya suka adalah ‘mengelopakkan senyum’, terbayang keindahan senyuman seorang muslimah sejati yang tentunya sesuai dengan perkaitan mereka dengan sekuntum bunga yang mekar. 

Aspek dakwah yang ditimbulkan dalam Salju Sakinah memberi satu pengajaran yang sangat penting buat para pembaca: Bahawa seorang daie (pendakwah) perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan dan situasi. Apatah lagi seorang lulusan agama seperti Sumayyah. Tidak dapat tidak, apabila dipanggil oleh masyarakat, seorang daie boleh menyampaikannya dengan baik.  Daie bertanggungjawab bukan saja pada masyarakat sekitar, tetapi pada keluarga sendiri. Tugas Sumayyah ini terpancar baik apabila dia tidak henti memikirkan solusi kepada penglibatan kakak sulungnya dalam sebuah kumpulan ajaran sesat selain menyampaikan kuliah pada para muslimah di kampong-kampung sekitar.

Tidak dilupakan aspek cinta. Sebagai novel cinta, Sumayyah mendukung wadah cinta berunsur Islam. Namun perkara yang lebih ditekankan penulis adalah cara bermuamalat dalam Islam, khusus dalam pergaulan lelaki dan perempuan. 

Kesan emosi yang dibawa penulis melalui watak-watak wanita yang mendominasi kisah ini begitu baik. Ada yang sampai mengatakan kisah ini seperti ditulis oleh seorang wanita sendiri kerana pembawaan Sumayyah begitu ‘kena’. Mungkin ada yang merasakan watak-watak muslimah dalam cerita ini sedikit idealistik sifatnya, tetapi saya merasakan mereka (Sumayyah, Izzati, Hakimah, Fatihah, Marianis dan lain-lain) dengan sifat-sifat yang dikatakan ‘ideal’ inilah yang wajar menjadi model untuk dicontohi para pembaca, khasnya para muslimah. Muhasabah perhubungan antara manusia dan Tuhan sangat ditekankan oleh watak Sumayyah yang sentiasa menjaga ikatan-ikatan ini.

Secara teknikal, selain kulit hadapan yang sedikit klise, saya berpendapat blurb buku patut dicatat di kulit belakang buku ini, menggantikan komen-komen pembaca dan penulis lain, yang serasa saya patut dikurangkan. Novel tempatan mungkin sudah mula mengambil pendekatan novel dari Barat yang dipenuhi dengan lambakan pujian untuk sesebuah novel.  Bukan bermakna komen-komen seperti ini tidak bagus, cuma semasa saya membeli novel ini, saya mencari-cari berkenaan apakah cerita ini, tetapi tidak ketemu. Kalaulah bukan kerana Zaid Akhtar dikenali melalui hadiah sastera yang dimenanginya sebelum ini, mungkin naskhah ini tidak berada di tangan saya.

Apapun, tahniah buat Zaid dan PTS atas penerbitan novel yang bermutu ini. 

Sumber: Portal PTS 

7/09/2010

Gelombang HAMKA?

Saya kira setelah membaca novel Ayat-ayat Cinta, ia adalah novel perintis pada abad ini berkisar cinta islami. Tetapi saya terlupa ada penulis malaysia seperti saudara yang tidak kurang hebatnya. Saya membaca Salju Sakinah pada suasana pembacaan saya memerlukan perubahan di mana membaca bukan sahaja novel cinta tetapi sifatnya ilmiah. Terus saya teringat pada novel HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick, yang dikecam apabila seorang ilmuwan agama bercakap tentang cinta. Saya kira saudara adalah gelombang HAMKA yang keberapa saya tidak tahu... :) tetapi yang pasti karya saudara sangat indah untuk dihalusi dan dicerna dalam kehidupan kita.

Syabas dan Tahniah. Saya setuju sekiranya novel ini dapat difilemkan... pasti menjadi santapan rohani yang cukup baik. Semoga saya dapat memiliki semua novel saudara. Teruskan usaha.