3/22/2011

Mencapai cetakan ke-8

Alhamdulillah.

Sabtu lepas, sewaktu menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit di FBMK, UPM, saya sempat membelek naskhah SS yang dipamerkan oleh wakil PTS yang membuat jualan sempena program tersebut. Nampaknya SS sudah diulangcetak kali kelapan sejak diterbitkan pertama kali pada akhir Mac 2008.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada novel yang bagi saya serba sederhana sifatnya. Tidak pernah terjangka di fikiran saya sewaktu mahu menerbitkannya di PTS empat tahun lalu bahawa SS akan mencapai jualan yang memberangsangkan. Sungguh-sungguh di luar jangka.

Moga saya dapat segera menyiapkan novel seterusnya. Doakan.

0 komentar: