3/02/2010

SS sebagai Kajian Tesis Akhir

Seorang pelajar dari ASWARA menghubungi saya lantaran mahu menjadikan Salju Sakinah sebagai bahan kajian tesis ijazahnya. Tentu sekali saya mengalu-alukan niatnya dan berjanji memberikan kerjasama yang diharapkannya. Sebelum itu lagi, penyelianya yang juga sahabat baik saya sudah menghubungi sekadar memaklumkan. 


Saya kira, ini kali kedua SS menjadi pilihan untuk disorot dengan lebih terperinci dan mungkin sahaja dikupas menerusi beberapa teori atau pendekatan. Justeru, dititipkannya juga kepada saya beberapa persoalan untuk saya jawab. Antara soalannya:

1. Bagaimana atau apakah faktor tercetusnya ilham untuk menghasilkan SS?

2. Adakah penggarapan ilham SS ini berkaitan dengan diri tuan sendiri?

3. Karya tuan mengunakan watak wanita sedangkan tuan seorang lelaki. Bagaimana tuan menimba atau menghidupkan watak wanita dalam karya terutama SS, selain faktor membaca atau mengkaji. Adakah cabaran-cabaran yang ditempuhi? Nyatakan.

4. Apa dan perincikan prinsip-prinsip yang melambangkan identiti tuan selaku penulis muslim.



Memo: Insya-Allah saya akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut sekadar yang termampu. Terima kasih kepada pelajar tersebut yang sudi membaca dan mengkaji novel ini.

1 komentar:

anakrahman said...

tahniah!