1/27/2008

Salju Sakinah sudah masuk peringkat pruf

Insya-Allah, jika tiada aral melintang, novel bersiri Salju Sakinah akan menemui pembacanya dalam bentuk buku menjelang Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 pada awal April ini. Setakat ini, manuskrip novel ini sedang melalui peringkat pruf (penulis terpaksa membacanya dari awal hingga akhir setelah diedit oleh editor)

Doakan moga-moga segala kerja-kerja akhirnya dipermudahkan.

Di sini saya siarkan sebahagian e-mel yang saya terima daripada para pembacanya:

1. Saya cukup terasa bila membaca novel ini. Dulu saya memang tidak gemar membaca tp bila saya membaca novel ini saya rasa rugi bila terlepas walaupun satu siri kerna saya cuma dpt membaca melalui Utusan Online sahaja. Jadi saya ingin tahu dari mana harus saya mendapat kan novel ini dan apakah tajuk sama Salju Sakinah. Sekian terima kasih

Othman
Sudan

2. Assalamualaikum Sdr. Zaid Akhtar,
pertama sekali, tahniah diatas penghasilan "Salju Sakinah" yang tamat ceritanya pada hari ini. Saya percaya, novel ini memberi kesan kpd pembacanya, walaupun kadangkala saya terlepas mengikuti episod Salju Sakinah, tapi masih mampu memahami jalan cerita hingga ke akhirnya......
Saya juga terasa ingin menjadi seperti Sumayyah-watak utama dalam novel ini.....
saya benar2 berharap agar Salju Sakinah dibukukan.......disambung ceritanya.........saya pasti akan memiliki buku ini jika ianyanya telah diterbitkan........jangan lupa untuk memaklumkan kepada saya jk novel ini dilancarkan....

Teruskan menterjemahkan ilham2 yang sgt manfaat untuk tatapan pembaca yang dahagakan cerita sebegini....
semoga usaha anda akan berterusan dalam berdakwah melalui penulisan dan semoga usaha murni ini dirahmati Allah S.W.T.
Wassalam

Nur Syuhada Samsuri

Shah Alam

3.
Assalamualaikum,
saya adalah antara ribuan pembaca setia Salju Sakinah. Tahniah kerana berjaya menamatkan novel bersiri ini. Saya sendiri sangat berminat dengan olahan cerita yang saudara bawa. Alhamdulillah, dalam setiap jalan cerita menyelitkan iktibar yang bermakna buat diri saya. Pertanyaan saya, adakah Salju Sakinah akan dibukukan?


Zoraida Mustafa

1 komentar:

Anonymous said...

salams...Semoga lebih banyak lagi novels yang akan ustaz hasilkan/terbitkan selepas ini..
yang dapat dimanfaatkan oleh sumer..

Mudah-mudahan dapat membantu meminimizekan gejala sosial yang kian meruncing..Insyaallah