2/27/2008

TUNGGU!

DI HUJUNG PENANTIAN

Insya-Allah, Salju Sakinah akan menemui pembacanya
menjelang Pesta Buku Antarabangsa KL tak lama lagi.

Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. Apatah lagi, senario kisahnya berkisar di negara asing, secara tidak langsung mendedahkan kita akan situasi sebenar di sana. Malah penulisnya berjaya membawa pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Di samping itu, selitan nasihat dan tips tertentu amat berguna kepada pembaca agar lebih menghayatinya. Sebenarnya, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati.
Zuarida Mohyin
Wartawan Utusan Malaysia

1 komentar:

Amin Rukaini Mustafa said...

Assalamualaikum.
saya merupakan peminat novel-novel yang bercirikan Islam
Alhamdulillah, saya telah mengkhatam novel Salju Sakinah yang baru dibukukan dan terdapat di pasaran.
memang menarik!
sungguh mengagumkan dari aspek lenggok bahasanya dan mesej yang ingin disampaikan. setelah membaca dari awal hingga akhir, ternyata para pembaca pasti menjiwai jiwa dan sifat kewanitaan.. mengagumkan!
dengan celotehan, lwak spontan, aspek suspen yg menjadi, para pmbaca pasti terhibur..

Dapatkannya sekarang kepada sesiapa yang masih belum membacanya!!